A brief introduction to Islam

Friday, 11 November 2011

BERHENTI JADI MUSLIMIN

''Huhh....'' keluhan hati, tangga surau Al irfan ku tapaki, pungung di labuhkan dan merenung seketika.. mengkhayal............, segalanya berputar di minda.."dalam ramai-ramai muslimin, aku yang paling teruk, dalam ramai-ramai orang islam, aku munafik..kau katakan itu dan ini tapi kau lakukan sebaliknya..apa semua ni wahai si munafik, selayaknya neraka jahanam tempatmu..", bisikan itu bermain di kotak minda.. fikiran melayang lagi,.

TAPPP!!..bunyi tepukan, tangan di alihkan daripada bahuku. tangan di hulur serentak senyuman di ukir,
"jauh renungan ,sampai ke sandakan sudah tu, fikirkan umat ka geng"Zulfaqar memasukan kad atm,butang ditekanya.
senyuman ku balas,ku sambut tanganya"masalah umat?,heh, masalah sendiri pun belum selesai".
"habis tu?"bahunya di jungkit,
''huh'', keluhku, "masalah diri sendiri geng, biasala nafsi-nafsi"ujarku.
''mesti masalah hati ni kan?,''tekanya, "hala,tenangla, kita ni bukannya sufi, kita ni sapi, mesti ada masalahnya punya."matanya di kenyit.
"itu taula, tapi,..kadang aku rasa aku muslimin yang teruklah la," jelasku sambil menyambut wang kertas yang di keluarkan dari ATM. aku mengapai kad ATM yang dikeluarkan dari mesin,dan terus melangkah mengiringi zulfaqar melalui susur gajah kawasan padang, suasana di KML meriah pada waktu petang, seusai kuliah tamat, pelajar-pelajar akan beriadah untuk melepaskan kepenatan belajar, tidak hairanlah semua padang dan gelangang penuh dengan pelajar, pensyarah juga tidak ke tinggalan memantapkan kesehatan diri.
"kenapa perlu jadi muslimin?, kenapa kau tidak memilih jadi mukminin?" zulfaqar bersuara.
"memanglah muslimin, tapi, muslimin ni banyak jenis,muslimin baik.jahat,nakal,samseng, semua tu pun muslimin, budak bukan surau pun muslimin ba, sebab dorang pun orang islam"ujarnya lagi.
"kadang-kadang aku tak setuju dengan budak-budak surau ni, sesama sendiri jak gelar diri mereka muslimin dan muslimat, yang non budak surau di panggil lelaki dan perempuan, nampak sangat perbezaan, dorang akan rasa tersisih" kritiknya. Aku hanya mendengar sambil melihat permainan bola sepak di padang , perlawanan antara pasukan bola sepak kakom dengan pihak hospital labuan.
"berhenti la jadi muslimin lagi", zulfaqar selamba berkata, mataku tebeliak mendengarnya hatiku berdiskusi"dia ni bergurauka, serius?"
"maksudmu?" penjelasan ku minta, wajah tenangnya ku renung, menangih jawapan.
"stopla jadi muslimin, jadi lah mukminin, jadila orang-orang yang beriman..bukan sekadar orang-orang yang mempercayai"jawabnya ringkas.
langkahku hentikan, terpukul dengan kata-katanya.Zulfaqar menoleh kebelakang menghadapku,"sabarlah sahabat, aku tahu masalahmu dan aku memahami, jangan pedulikan apa yang orang lain katakan, tapi fikirkan la apa yang Allah dan utusanya katakan".
aku terbangun dari lamunan, "syukran zulfaqar,"..hatiku berbicara, walaupun aku dan dia telah terpisah jasad, tapi pesanan dan nasihatnya sentiasa menyedarkan diriku bahawa aku bukanlah insan yang lemah.aku berdiri dan memakai selipar dan meningalkan halaman surau dengan azam berhenti menjadi muslimin dan bermula kembali sebagai mukminin..

Monday, 29 August 2011

28 ogos 2011
   hari tu, hari pertama bagiku untuk mengunakan facebook? aku meminjam fb adik, saja untuk suka2, selama ini, aku langsung tak tahu mengunakkanya, Ya, aku memang jahil,memang sangat jahil, di era moden ini semua sahabat-sahabat ku mempunyai fb,cuma aku saja yang ketinggalan zaman.sangat ketinggalan zaman.aku ingin mengetahui apa yang hebatnya tentang fb ini sehingga ramai orang ketagih olehnya. fb adik aku buka,ruang search aku klik, mencari sahabat2,..kemudian... aku menaip nickname fb seseorang...............'' Astagfirullahazim!''..sedih,sedih aku sangat sedih apabila melihat fb ''seseorang'' tersebut. Gambarnya jelas terpampang di zone profile diri.hatiku yang masih muda ingin mengetahui apa pulak yang ada di dalam gambar, aku memberanikan diri untuk membuka photo albumnya...................satu persatu gambarnya keluar...bermacam posing..bermacam gaya...gambar yang aku rasakan menarik minat Adam sepertiku untuk menatapinya terus.gambar yang boleh membuatkan kaum2ku gugur di medan mujahadah menahan nafsu. hatiku memberontak..''inikah facebook??..inikah gunanya facebook??.  patutla selama ini aku langsung tak berminat dengan fb, rupanya..ini yang ada di dalamnya..FITNAH!!!..SEMUA FITNAH!!!...gambar2 kaum hawa yang boleh ditatapi setiap masa.''ALLAHUAKHBAR!!''..